CATATAN MEMOIR: SELUT SUNGAI, BATU
LASTIK KE MENARA GADING
Nukilan
Amran Awang
KANDUNGAN
Prolog
1 Suatu kelahiran
2 Awal persekolahan
3 Kehidupan asrama penuh
4 Sekolah menengah kedua
5 Bekerja di usia belajar
6 Masuk IPT sambil bekerja
7 Berumah tangga sambil belajar
8 Sambung belajar ke Negara asing
9 Awal dan akhir tugas belajar dan mengajar
10 Anak seluang jauh melaut ...
Prolog
Kehidupan seorang insan
menjadi lebih bermakna seandainya ia diberikan hidayat dan inayah yang kadang
kala di luar jangkaan. Asal usul keturunan dan pengalaman masa lalu dapat
membentuk keperibadian tersendiri yang sukar untuk diterjemahkan. Justeru
pendedahan ini memungkinkan sedikit sebanyak maklumat dapat dikongsikan di
dalam sebuah catatan ringkas.
Ilmu merupakan asas berfikir
kepada sebahagian daripada sesuatu tindakan atau keputusan. Perawiyan ini
memaparkan kelangsungan hidup seorang hamba Allah yang kerdil dari zaman
kanak-kanak hinggalah ke penghujung kerjaya. Perlu diingat bahawa setiap gerak geri
dan perlakuan tidak ada sedikit pun lahir dari kekuatan manusia malah ianya
kudrat dan iradat Allah SWT semata-mata. Justeru itu, pengkisahan ini
dipaparkan dengan rendah hati dan penuh sedar agar menjadi tauladan dan
sempadan sesuai dengan fitrah manusia.
Hampir enam dekad
bermastautin di mayapada ini rasanya tidaklah begitu lama rasanya untuk
berkongsi rasa dan perasaan namun daya ingatan sentiasa menjadi batas
penghalang lantaran kesemulajadian kita sebagai makhluk yang lemah dan sentiasa
kekurangan.
Memoir ini mengisahkan
pengalaman hidup yang benar-benar dialami diolah sebagai sebuah coretan hidup.
Bermula dari kelahiran yang sentiasa dinantikan dan dihargai serta dipupuk
dengan kasih sayang melahirkan rasa cukup segalanya walaupun realitinya adalah sebaliknya.
Setiap peringkat kehidupan memberikan pengalaman pahit, manis dan masam
dipaparkan sekadar berkongsi rasa dan pendapat.
Semoga titipan ini dapat
menggariskan sempadan seandai ianya buruk, menjadi teladan jika ianya baik dan
lebih bermotivasi kalau ianya merangsang.
Pengarang
Jun
2016