Followers

Wednesday, June 15, 2016

A Memoir - In the making

CATATAN MEMOIR: SELUT SUNGAI, BATU LASTIK KE MENARA GADING





Nukilan
Amran Awang

KANDUNGAN

Prolog

1 Suatu kelahiran
2 Awal persekolahan
3 Kehidupan asrama penuh
4 Sekolah menengah kedua
5 Bekerja di usia belajar
6 Masuk IPT sambil bekerja
7 Berumah tangga sambil belajar
8 Sambung belajar ke Negara asing
9 Awal dan akhir tugas belajar dan mengajar
10 Anak seluang jauh melaut ...

Prolog
Kehidupan seorang insan menjadi lebih bermakna seandainya ia diberikan hidayat dan inayah yang kadang kala di luar jangkaan. Asal usul keturunan dan pengalaman masa lalu dapat membentuk keperibadian tersendiri yang sukar untuk diterjemahkan. Justeru pendedahan ini memungkinkan sedikit sebanyak maklumat dapat dikongsikan di dalam sebuah catatan ringkas.
Ilmu merupakan asas berfikir kepada sebahagian daripada sesuatu tindakan atau keputusan. Perawiyan ini memaparkan kelangsungan hidup seorang hamba Allah yang kerdil dari zaman kanak-kanak hinggalah ke penghujung kerjaya. Perlu diingat bahawa setiap gerak geri dan perlakuan tidak ada sedikit pun lahir dari kekuatan manusia malah ianya kudrat dan iradat Allah SWT semata-mata. Justeru itu, pengkisahan ini dipaparkan dengan rendah hati dan penuh sedar agar menjadi tauladan dan sempadan sesuai dengan fitrah manusia.
Hampir enam dekad bermastautin di mayapada ini rasanya tidaklah begitu lama rasanya untuk berkongsi rasa dan perasaan namun daya ingatan sentiasa menjadi batas penghalang lantaran kesemulajadian kita sebagai makhluk yang lemah dan sentiasa kekurangan.
Memoir ini mengisahkan pengalaman hidup yang benar-benar dialami diolah sebagai sebuah coretan hidup. Bermula dari kelahiran yang sentiasa dinantikan dan dihargai serta dipupuk dengan kasih sayang melahirkan rasa cukup segalanya walaupun realitinya adalah sebaliknya. Setiap peringkat kehidupan memberikan pengalaman pahit, manis dan masam dipaparkan sekadar berkongsi rasa dan pendapat.
Semoga titipan ini dapat menggariskan sempadan seandai ianya buruk, menjadi teladan jika ianya baik dan lebih bermotivasi kalau ianya merangsang.

Pengarang
Jun 2016

Saturday, October 17, 2015

New Experience in Research

A new challenge at the end of my teaching career. On the fifth week of this September 2015- January 2016 semester, teaching progresses from chapter four...

 
Some issues were covered ...


The ball rolls on hopefully till end of the semester.


The outcomes shall prevail in their BBA thesis project in next two semester.

Sunday, January 11, 2015

EMBA STRATEGIC MANAGEMENT SCHOLARS FOR SEPT 2014 - JAN 2015 SEMESTER

Another group of ten scholars from UiTM Penang EMBA program now in my strategic management class. The group seems energetic and inspiring probably due to their diverse backgrounds and experience.
Final Exam on 16th November 2014

UiTM PERDA inspiration corridor

UiTM Penang EMBAs 2014-2015